Jumaat, 27 Januari 2012

Renungi malam ini rasa kesangsian, Ku kini berada di alam yang sunyi, Hanya bertemankan bintang dan bulan di malam kelam.. Hembusan angin bayu pastikan berlalu, Seiring dosa lalu yang membelengguku, Moga semalam jadi pedoman dan pengajaran.. Langkah kaki kananku Menyusuri rumah suci Bermula episod baru Dalam ketulusan hati Bila hati menghadap Tuhan, Baru kusedar ada kelemahan, Terasa kerdil berbanding Yang Esa, Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan... Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu,, Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku... Inginku ubah cara hidupku yang lalu menjadi hamba yang diredhai selalu.. Tiada palsu wahai Tuhanku, AllAH yang satu.. Kuakhiri sujud dengan doa Semoga dikabulkan hajat Dijauhkan duka lara Kuharap terimalah taubat
Sekeping hati dibawa berlari, Jauh melalui jalanan sepi, Jalan kebenaran indah terbentang, Di depan matamu para pejuang... Tapi jalan kebenaran Tak akan selamanya sunyi, Ada ujian yang datang melanda, Ada perangkap menunggu mangsa.. Akan kuatkah kaki yang melangkah, Bila disapa duri yang menanti, Akan kaburkah mata yang meratap Pada debu yang pastikan hinggap.. Mengharap senang dalam berjuang Bagai merindu rembulan di tengah siang, Jalannya tak seindah sentuhan mata, Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba..

Isnin, 23 Januari 2012

menanti di barzakh

KU MERINTIH, AKU MENANGIS,
KU MERANTAP, AKU MENGHARAP,KU MEMINTA DI HIDUP KAN SEMUALA,
AGAR DAPAT KEMBALI KE DUNIA NYATA,


PERJALANAN ROHKU,
MELENGKAPI SWEBUAH KEMBARA,
SINGGAH DI RAHIM BONDA,
SEBELUM MENJEJAK KE DUNIA,
MENANTI DI  BARZAKH,
SEBELUM BERANGKAT KE MAHSYAR,
DIPERHITUNG AMALAN,
PENENTU SYURGA ATAU SEBALIKNYA,

TANAH YANG BASAH BERWARNA MERAH,
SEMERAH MAWAR DAN JUGAK RINDU,
7 LANGKAH PUN BERLALU,
SEUSAI TALKIN PENANDA SYAHDU,
TENANG DAN DAMAI DI PUSARAKU,
NISAN BATU MENJADI TUGU,
NAMUN TAK SIAPA PUN TAHU RESAH PENANTIANKU,


TERBANKITNYA AKU DARI SEBUAH KEMATIAN,
SEAKAN KU DENGARI,
TANGIS MEREKA YANG KU TINGGALKAN,
KEHIDUPAN DI SINI BUKAN SUATU KHAYALAN,
TETAPI IA SEBENAR KEJADIAN,

KEMBALI OH KEMBALI,
KEMBALILAH KE DALAM DIRI,
SENDIRIAN SENDIRI,
SENDIRI BERTEMANKAN SEPI,
HANYA KAIN PUTIH YANG MEMBALUTI TUBUH KU,
TERBUJUR DAN KAKU,
JASAD TERBUJUR DIDALAM KERANDA KAYU,


AJAL YANG DATANG DI BUKA PINTU,
TIADA SIAPA YANG MEMBERI TAHU,
TIADA SIAPA PUN DAPAT HINDARI,
TIADA SIAPA YANG TERKECUALI,
LEMAH JEMARI NAFAS TERHENTI,
TIDAK TERGAMBAR SAKITNYA MATI,
CUKUP SEKALI JASADKU UNTUK MENGULANGI,

JANTUNG BERDENYUT KENCANG,
MANANTIKAN MALAIKAT DATANG,
MENGIGIL KETAKUTAN GELAP PEKAT DIPANDANGAN,
SELAMA INI DICERITAKAN,
KINI AKU MERASAKAN,
DIALAM BARZAKH JASAD DIKEBUMIKAN...

bulan bintang menjadi saksi kebesaran ALLAH

Rembulan cahayanya menawan, Menerangi kegelapan malam, Bebintang sinar berkelipan, Menghiasi cahaya rembulan.. Bulan dan bintang menjadi saksi, Kebesaran Ilahi... Bintang-bintang bertaburan, Di angkasa, angkasa raya, Panduan mereka yang berkelana.. Perjalanan oh rembulan, Merentasi cakrawala, Petunjuk perkiraan tahunan.. Bulan dan bintang menjadi saksi, Kebesaran Ilahi.. Sinaran mentari menyinari, Bumi Tuhan ceria kembali, Awan berarak bebasnya, Memayungi alam semesta, Tunduk dan syukur pada Ilahi, Kurniaan abadi..

kata-kata hikmat

1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri. 2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada. 3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun. 4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah. 5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan. 6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan. 7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya. 8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup. 9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana. Rujukan khas untuk mereka yang nak duduk ex Sumber Asal: Himpunan 19 Kata-Kata Hikmat ‘Motivasi’ Untuk Membakar Semangat Anda! | Julmazli Dot Com

Berjalan Tanpa Henti

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh Langkah demi langkah akan kugagah Hari demi hari berjalan tanpa henti Yakinku ada sinar yang menentu Kalau dah bertemu arah Yakin penuh pasrah PadaNya Yang Kuasa dikau berserah Jika kau rebah jika kau kalah Bersaksilah rahmatNya akan terserlah Segala kepahitan segala keperitan Terima bagai penghapus dosa Malang yang menimpa duka yang melara Mungkin di baliknya ada bahagia Jangan jangan berputus asa Dari rahmat Yang Maha Esa Jangan jangan kita lupa Ujian lumrahnya dunia

Ahad, 22 Januari 2012

ayat motivasi..

“Tuhan turunkan hujan, untuk membuat pelangi muncul disebalik awan. Tuhan turunkan musibah, untuk mendesak Anda supaya berubah”. Tahukah Anda, sikap Anda, perangai dan jati diri Anda tidak akan pandai berubah melainkan didesak untuk berubah oleh keadaan sekeliling? Sebagai manusia, Anda tetap akan memerlukan sesuatu untuk merubah diri. Anda perlukan cabaran untuk Anda maju ke hadapan. Anda perlu musibah untuk membuat Anda berubah. Tidak pula Anda meminta diturunkan musibah, sebaliknya dengan menghadapi musibah yang melanda, Anda akan mempelajari sesuatu yang baru. Dari sinilah bermulanya proses penambahbaikan diri Anda dari tahap lama ke tahap baru. Sebab, musibah membuat Anda merubah sikap, kata-kata, fikiran dan perbuatan. Kenapa begitu? Masalah tidak akan selesai bila Anda masih dengan sikap lama, kata-kata lama, stail fikiran lama dan perbuatan lama. Anda mesti ubah ke sikap baru, kata-kata baru, stail fikiran baru dan perbuatan baru. Masalah sementara saja. Namun masalah akan kekal apabila Anda tidak berubah. Bersangka baiklah dengan masalah. Setiap masalah ada kebagusannya tersendiri, iaitu membuat Anda berubah menjadi orang baru dengan sikap baru yang dua kali ganda lebih bagus dari dulu. Mulai sekarang, apabila Anda dilanda masalah, fokuskan fikiran kepada penyelesaian masalah. Fokuskan perbuatan kepada menyelesaikan masalah, bukan meratapi masalah. Hanya orang terpilih saja yang akan dilanda masalah, sebab dari masalah itu dia akan berubah menjadi orang baru dengan sikap baru, attitude baru, perangai baru. Sikap bersangka baik sepanjang masa pasti akan menguntungkan Anda. Sikap bersangka buruk sentiasa merugikan Anda.
Berjuta Bintang di langit. Redup diam tak bersorak. Tiada cahaya menentramkan hati. Kesedihan membongkar hati ini. Suara tangis perlahan mengisi keheningan ini. Wahai Rembulan,dengarkanlah… Hanya engkau yang tertinggal disana. Hati ini sedih di tinggal kekasih hati. Cinta telah pergi & berpaling. Temanilah aku agar ku bisa menjaga hati ini.....
KaU daTan9 mEmbaWa CinTa daN kEseTiaaN . . . DaN kaU peRgi MeniNggaLkaN Luka Dan KeHancuRan . . . DaN aQ leBih Baik DikEnaL laLu di LupAKAN daRipada Di CinTai LalU dKhiAnaTi …………………………….

Sabtu, 21 Januari 2012

kau ilhamku

Beribu bintang dilangit Kini menghilang Meraba aku dalam kelam Rembulan mengambang Kini makin suram Pudar ilhamku tanpa arah Sedetik wajahmu muncul Dalam diam Ada kerdipan ada sinar Itukah bintang atau rembulan Terima kasih kuucapkan...

bumi kita

Bumi yang tiada rimba Seumpama hamba Dia dicemar manusia Yang jahil ketawa Bumi yang tiada udara Bagai tiada nyawa Pasti hilang suatu hari Tanpa disedari Bumi tanpa lautan Akan kehausan Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang Dewasa ini kita saling merayakan Kejayaan yang akhirnya membinasakan Apalah gunanya kematangan fikiran Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah Ku lihat hijau Bumiku yang kian pudar Siapa yang melihat Di kala kita tersedar Mungkinkah terlewat Korupsi, oppressi, obsessi diri Polussi, depressi di bumi kini Oo... anok-anok Tok leh meghaso mandi laok Bersaing main ghama-ghama Ale lo ni tuo omornyo berjoto Koto usoho jauh ke daghi malo petako Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi Keno make asak hok biso, weh Pase maknusio Seghemo bendo-bendo di dunio Tok leh tahe Sapa bilo-bilo...

Jumaat, 20 Januari 2012

cinta budak pada zaman dahulu lebih baik berbanding cinta budak zaman sekarang

CINTA DULU jumpa tempat terang.. CINTA SEKARANG suka jumpa malam-malam.. CINTA DULU hukum Allah didahulukan.. CINTA SEKARANG agama letak dibelakang.. ... CINTA DULU kahwin dulu anak kemudian.. CINTA SEKARANG anak dah 2 orang sorang dalam jamban sorang dalam longkang.. CINTA DULU susah tangan nak berpegang-pegang.. CINTA SEKARANG tak sempat pegang tangan duk syok menyelam.. CINTA DULU mak bapak selalu melarang.. CINTA SEKARANG bapak tegur silap-silap makan terajang.. CINTA DULU hidup semati susah dan senang.. CINTA SEKARANG awak "bagi" saya sayang, tak "bagi" saya tinggalkan.. tapi x semua yek...

Rabu, 18 Januari 2012

LELAKI HANDSOME VS LELAKI TAK HANDSOME

LELAKI HANDSOME VS LELAKI TAK HANDSOME Kalau lelaki handsome pendiam Perempuan akan cakap:: woow, cool giler... kalau lelaki tak handsome pendiam Perempuan akan cakap: eh perasan bagus... kalau lelaki handsome berbuat jahat Perempuan akan kata: nobody's perfect kalau lelaki tak handsome berbuat jahat perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah! kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem! kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu Perempuan akan kata: entah2 kawan dia... kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: sepadan sangat... kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh! kalau lelaki handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada.. kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)... kalau lelaki handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: perasaannya halus... penuh kasih sayang kalau lelaki tak handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi... kalau lelaki handsome bawa BMW perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam kalau lelaki tak handsome bawa BMW perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?... kalau lelaki handsome tak mau bergambar perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?... kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu.... kalau lelaki handsome bersedih hati perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on kalau lelaki tak handsome bersedih hati perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni? heheheheh.....

Selasa, 17 Januari 2012

baca lh cite ini...

Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun/AK 47... Lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu""Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu !!!" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang HIPOKRIT, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.. Macammana.. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. Selain terhibur anda fikirkanlah... "Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... " Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. Dia tak kata pun nak bunuh.. Dia gertak ja bahlul.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

Isnin, 16 Januari 2012

Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan...
Air mata kerana ibubapa 1 penghormatan...
Air mata kerana kekasih 1 penyesalan...
Air mata kerana ALLAH 1 keberkatan...
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

baiknye TUHAN kita un...


kesunyian dalam purnama

SILA beri tunjuk ajar kpd sy mcm mn nk guna un blog sy...