Jumaat, 27 Januari 2012
Renungi malam ini rasa kesangsian,
Ku kini berada di alam yang sunyi,
Hanya bertemankan bintang dan bulan
di malam kelam..
Hembusan angin bayu pastikan berlalu,
Seiring dosa lalu yang membelengguku,
Moga semalam jadi pedoman
dan pengajaran..
Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati
Bila hati menghadap Tuhan,
Baru kusedar ada kelemahan,
Terasa kerdil berbanding Yang Esa,
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan...
Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu,,
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku...
Inginku ubah cara hidupku yang lalu
menjadi hamba yang diredhai selalu..
Tiada palsu wahai Tuhanku,
AllAH yang satu..
Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan